2019年10月12日星期六

Nota bahasa melayu tingkatan 6 semester 3 bab 1 wacana (part 1)

Bab 1 Wacana 

1.1 Konsep Wacana 


Wacana:  unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

*wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap, tertinggi dan terbesar dalam susunan tatabahasa 

Wacana yang utuh 
1) suatu unit penggunaan bahasa yang melebihi batas ayat. 
2) terdiri daripada jalinan ayat yang bertautan dari aspek bahasa. 
3) ideanya berkesinambungan dan berfokus kepada satu tajuk sahaja 
4) suatu lakuan bahasa yang jelas
5) ayat dibina dan disusun dengan kemas dan kait-mengait dari segi tatabahasa dan ideanya 

1.2 Ciri Wacana 
Wacana mempunyai dua ciri utama, iaitu kohensi dan koheren. 

1.2.1 kohesi (tautan)

  • Kohesi ialah satuan yang menunjukkan keeratan hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana. 
  • Tautan itu terjadi dalam bentuk leksikal dan nahuan
  • Kohensi leksikal melibatkan pengulangan unsur bahasa secara sinonim, kolokasi dan hiponim.
  • kohensi nahuan(ketatabahasaan) menghubungakan unsur tatabahasa dengan unsur tatabahasa yang lain 
      contoh: Siti, Ali dan Abu pergi ke pasar malam untuk memberi kuih muih. Mereka telah membeli kuih koci, kuih bom dan pulut inti.  
                   mereka =  Siti, Ali dan Abu; kohensi nahuan(rujukan)
                   kuih muih = kuih koci, kuih bom dan pulut inti; =kohensi leksikal(hiponim)



1.2.2 koheren (runtutan)

  • koheren ialah kesinambungan idea antara unit-unit bahasa yang membentuk sesuatu wacana. 
      *ciri koheren ialah binaan wacana mempunyai susunan yang teratur, mempunyai isi yang kemas  dan tidak bertentangan dan maknanya jelas dan mudah difahami. 

       contoh: Datuk Abdullah merupakan seorang dermawan. Beliau telah bermula untuk membuat    dermaan sejak sembilan tahun lepas. Beliau selalu menderma kepada golongan yang memerlukan bantuan. 



没有评论:

发表评论

Nota bahasa melayu tingkatan 6 semester 3 bab 2 retorik (part 1)

BAB 2 RETORIK  RETORIK  ialah seni penggunaan bahasa yang indah untuk menarik perhatian pendengar. 1)     Retorik Pemerian 描述 · ...