*harimau lari , gajah hilang
(h-penghubung, l-lesikal, r- rujukan, g-penggantian, hilang- penghilangan)
1) Penanda Penghubung
: penanda wacana yang terdiri daripada perkataan atau frasa yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lainnya.
a) Penanda penghubung tambahan
: penanda penghubung yang berfungsi untuk menambahkan maklumat berkaitan dengan sesuatu yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya
cth: tambahan pula, lebih-lebih lagi, selain itu, di samping itu, sehubungan itu, sehubungan dengan itu, begitu juga, antaranya, sementelahan
b) Penanda penghubung tentangan
: penanda penghubung yang berfungsi untuk menyatakan sesuatu maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang dinyatakan sebelumnya.
cth: sebaliknya, namun, walau bagaimanapun, begitupun, meskipun, akan tetapi, namun begitu
c) Penanda penghubung Musabah
: penanada penghubung yang berfungsi untuk menyatakan sebab sesuatu berlaku.
cth: oleh sebab, oleh itu, oleh hal yang demikian, dengan itu, dengan demikian, maka
d) Penanda penghubung tempoh
: penanda penghubung yang berfungsi untuk menunjukkan tempoh ataupun urutan masa bagi sesuatuu peristiwa atau kejadian
cth: mula-mula, pada awalnya, pertama, seterusnya, kemudian, selepas itu, selanjutnya, dan akhirnya
e) Penanda penghubung kesimpulan
: kata atau frasa yang digunakan untuk menyimpulkan atau merumuskan sesuatu yang telah dinyatakan sebelumnya
cth: tegasnya, jelas sekali, sebagai rumusan, kesimpulannya, dapat dikatakan, pendek kata, oleh itu, natijahnya
2) Penanda Rujukan
: kata atau frasa yang digunakan untuk merujuk sesuatu
: terdiri daripada
- kata ganti nama diri (kami, mereka,dia)
- kata ganti nama tunjuk umum (-nya, itu, ini)
- kata ganti nama tunjuk tempat (di situ, di sini)
3) Penanda Penggantian
: kata, frasa, atau klausa yang menggantikan kata, frasa, atau klausa yang disebutkan sebelumnya
cth: Ali selalu merokok di rumah. Amalan negatif ini bukan sahaja menjejaskan kesihatannya malah keluarganya juga.
(merokok digantikan dengan amalan negatif )
4) Penanda Leksikal
a) pengulangan kata yang sama
cth: Dia memang pandai. Pandai menyanyi, pandai menari, dan pandai bermain alat muzik.
(pengulangan perkataan 'pandai')
b) pengulangan kata bersinonim
cth: Tanah tumpah darah kita mempunyai banyak keistimewaan. Kita perlu menjaga kemerdekaan negara kita.
(tanah tumpah darah = negara )
c) pengulangan kata berhiponim
cth: Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.
d) penggunaan perkataan yang berkolokasi
cth: Setiap minggu kami sekeluarga akan pergi ke taman. Kami akan berjogging, menunggang basikal dan bermain badminton.
(taman berlolasi dengan berjogging, menunggang basikal dan bermain badminton)
5) Penanda Penghilangan
: berlaku penghilangan kata atau frasa atau klausa yang disebutkan sebelumnya pada ayat berikutnya dalam sesebuah wacana
cth: Abang saya suka makan pisang. Saya tidak.
(penghilangan "suka makan pisang" selepas perkataan tidak)
没有评论:
发表评论