2019年10月13日星期日

Nota bahasa melayu tingkatan 6 semester 3 bab 2 retorik (part 1)


BAB 2 RETORIK 

RETORIK ialah seni penggunaan bahasa yang indah untuk menarik perhatian pendengar.

1)    Retorik Pemerian 描述
·        Ialah retorik yang mengandungi pemerihalan tentang sesuatu secara objektif, tepat dan jelas
·        Mementingkan ketepatan dalam memerihalkan sesuat
·        Tiada penilaian, pandangan atau ulasan peribadi
·        Bersifat deskriptif dan informatif
·        Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasakan oleh pancaindera 

2) Retorik Pemujukan 更倾向于哄骗
·        Retorik yang digunakan untuk mempengaruhi audiens untuk melakukan sesuatu seperti yang disarankan oleh penulis atau penutur
·        Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah pendirian khalayak
·        Mempengaruhi khalayak supaya bertindak mengikut usul
·        Mempunyai hujah dan cadangan tindakan
·        Mementingkan penggunaan bahasa yang berkesan
·        Memanfaatkan unsur emosi dan psikologi khalayak 

3) Retorik Penceritaan 叙述
·        Retorik yang digunakan untuk memaparkan urutan peristiwa mengikut turutan tertentu
·        Mempunyai pelbagai genre
·        Bersifat imaginatif dan kreatif
·        Mengandungi mesej tertentu
·        Kurang menitikberatkan ketepatan aspek bahasa
·        Menggunakan gaya bahasa yang indah dan menarik 
              
4) Retorik Pendedahan 揭露
·        Retorik yang digunakan untuk memaparkan takrifan, mengandungi huraian, contoh, pengkelasan, perbandingan dan lain-lain
·        Bertujuan untuk memberi maklumat
·        Digunakan untuk menjelaskan konsep atau istilah
·        Menghuraikan sesuatu topik secara objektif
·        Menggunakan teknik pentakrifan dan analisis
·        Huraian jelas dan maklumat berikut fakta
·        Memindahkan idea atau maklumat daripadan seseorang kepada audiens dengan cara yang berkesan 

5) Retorik Penghujahan 驳论(更倾向于辩论)perbahasan 
·        Disampaikan dengan jelas, berkesan dan menyakinkan
·        Teknik penyampaian adalah secara deduksi, induksi dan analogi
·        Usul jelas dan hujah bernas
·        Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan 




没有评论:

发表评论

Nota bahasa melayu tingkatan 6 semester 3 bab 2 retorik (part 1)

BAB 2 RETORIK  RETORIK  ialah seni penggunaan bahasa yang indah untuk menarik perhatian pendengar. 1)     Retorik Pemerian 描述 · ...